Wira Homeland Sdn Bhd (WHL) merupakan suatu entiti yang tidak asing di dalam industri binaan dan pemajuan hartanah, ia telah berkembang maju sejak penubuhan syarikat. Wira Homeland Sdn. Bhd. mula dikenali sebagai FNM Jaya Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada April 1993 dengan matlamat untuk terlibat di dalam industri pemajuan hartanah dan binaan serta memacu kemajuan dan ekonomi negara.

WHL merupakan syarikat pemaju hartanah yang berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Selain dari itu WHL juga berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sebagai kontraktor “Kelas A” dan pemegang lesen G7 daripada Construction Industry Development Board (CIDB). WHL merupakan syarikat yang berpengalaman luas dalam melaksanakan pelbagai projek pemajuan hartanah dan binaan berskala besar mahupun berskala kecil. Sejak penubuhan, syarikat ini berjaya menyiapkan dan menyempurnakan pelbagai projek perumahan dan kontrak kerajaan.

WHL merupakan syarikat yang berdaya maju dalam memastikan perlaksanaan projek yang berkualiti dan kos-efektif dan ini membantu WHL untuk terus berkembang dan dikenali sebagai pemaju hartanah dan kontraktor kejuruteraan awam yang berwibawa. WHL juga merupakan syarikat yang telah berjaya mendapat taraf persijilan kualiti ISO 9001:2008 dan ini membuktikan WHL mempunyai pengurusan yang baik dan komited dalam menyediakan perkhidmatan dan produk yang berkualiti kepada pelanggan.