About UsWira Homeland Sdn Bhd (WHL) merupakan suatu entiti yang tidak asing di dalam industri binaan dan pemajuan hartanah, ia telah berkembang maju sejak penubuhan syarikat. Wira Homeland Sdn. Bhd. mula dikenali sebagai FNM Jaya Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada April 1993 dengan matlamat untuk terlibat di dalam industri pemajuan hartanah dan binaan serta memacu kemajuan dan ekonomi negara.

WHL merupakan syarikat pemaju hartanah yang berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Selain dari itu WHL juga berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sebagai kontraktor β€œKelas A” dan pemegang lesen G7 daripada Construction Industry Development Board (CIDB).